DIA DICIPTAKAN UNTUKKU..

"Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki, dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan"


Sunday, March 29, 2009

MUDAHNYA BAGI ISTERI UNTUK MASUK SYURGA

Isteri wajib mentaati suami. Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Tetapi bagi perempuan yang bergelar isteri, syurga terletak di bawah telapak kaki suami. Dalam apa keadaan sekalipun, yang diutamakan suami. Nak balik ke rumah ibu bapa pun mesti mendapat izin suami. Lain pula dengan suami. Yang utama ialah ibu bapa, kemudian baru isteri. Jadi bayangkanlah wahai suami, sekiranya selama ini anda membelakangkan ibu bapa anda.

Wanita juga pemimpin rumah tangga. Ibu sebagai “role model” kepada anak-anak. Salah didikan, haru birulah masa hadapan anak-anak. Benarlah kata pepatah, melentur buluh biarlah masa rebungnya. “Ibu cermin anak”. Baik ibunya, insya-Allah baiklah anaknya.

Amat mudah bagi isteri untuk masuk ke syurga. Begitu juga sebaliknya, senang juga bagi orang perempuan untuk masuk ke neraka jahanam. Saya tertarik dengan panduan Dato’ Dr. Fatma untk menjadi ahli syurga.
Kata Dato’ Dr. Fatma, mudah sahaja.

•Jangan biarkan suami lapar. Jaga makan minumnya. Kalau masak sendiri lagi bagus.

•Jangan sakiti hati suami. Jaga tutur kata. Jangan sekali-kali kita menceritakan aib suami.

•Jangan sakiti mata suami. Jaga penampilan diri di hadapan suami. Rumah dan bilik tidur (terutama sekali) mesti kemas.

•Jangan kacau waktu rehat suami.

Nasihat Dato’ Dr. Fatma lagi, selain keredaan suami untuk kita masuk ke syurga, kita juga wajib :

•menunaikan puasa pada bulan Ramadan,

•mengerjakan solat lima waktu dengan khusyuk (kalau tidak khusyuk,
tak dapat pahala)

•taat kepada Allah SWT

•taat kepada suami

•jaga kehormatan diri

Mungkin ada yang bertanya, apa pula peranan suami? Tanggungjawab suami amat berat. Suami menanggung segala dosa isteri. Bayangkan, kalau ada empat isteri. Dapat yang baik-baik, semua masuk syurga. Kalau tidak…baik kekal dengan seorang sahaja.

Saturday, March 28, 2009

MY BIG DAY...28/03/2009..









HARI NI HARI PERNIKAHAN AKU...MEMANG BERDEBAR2 SANGAT TIME NI..HEHE..AKHIRNYA PERKENALAN KAMI SELAMA 11 TAHUN BERAKHIR JUA KE JINJANG PELAMIN..AMIN..HARAP2 BERKEKALAN HINGGA KE ANAK CUCU..DOAKAN YANG TERBAIK BUAT KAMI YA..
HANTARAN KAMI BERTEMAKAN KUNING GOLD DAN PURPLE PUTIH..SO SWEETKAN..HEHE..TP KITORG TEMPAH JE..MAKLUMLAH DUA2 BUSYKAN..HEHE..TERKEJAR2 KESANA SINI TAW..HAHA..TP SEMUANYA DAPAT DISELESAIKAN..HMM..HANTARAN KAHWIN AKU RM 10K JE..OKLA TUKAN..KORANG KIRA SENDIRILA YEK BERAPA DULANG..DH MENGANTUK SGT MATA NI..HEHE..MAKLUMLAH NAK MENGIMBAU KEMBALI..HEHE..